Sunday 29 April 2012

Pakaian Tradisonal Kaum India

Sari

  • Perkataan 'sari' berpunca dari perkataan Prakrit 'sattika' seperti disebutkan dalam sastera agama Jain dan Buddha awal.
  • Ia merupakan pakaian tradisi kepada perempuan kaum India.
  • Ialah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya.
  • Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir ke atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.

Dhoti

  • Ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di India.
  • Diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. 
  • Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu.
  • Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.

  • Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

Pakaian Tradisonal Kaum Cina


CHEONGSAM

  • Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.
  • Ia digelar dalam Bahasa Cina Mandarin sebagai qípáo (旗袍)
  • Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.
  • Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
  • Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut
  • Cheongsam yang bergaya dan seringnya muatan ketat paling sering dikaitkan dengan hari ini telah dicipta pada zaman 1920an di Shanghai dan telah dibuatkan berfesyen oleh wanita sosialit dan kelas atasan.
SAMFOO

  • Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar.
  • Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.
  • Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.

Wednesday 18 April 2012

Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia

 Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum di Malaysia

        Melayu 

                                                   
                                                                  Lelaki- Baju Melayu



   Perempuan-                 Baju Kurung                                                                 Baju Kebaya